Thursday, August 22, 2019

Standard PdP

Kemahiran membaca. (Tahun 4)




Kemahiran membaca digunakan untuk menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan dalam aspek membaca iaitu menguasai sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yanng betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan teknik bacaan. Seterusnya, kemahiran membaca telah ditetapkan objektif yang perlu dicapai oleh setiap murid.







STANDARD KEMAHIRAN MEMBACA (KANDUNGAN)
  • Asas membaca dengan sebutan yang betul.
  • Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. 
  • Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  • Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon dengan betul
  • Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan yang betul.
  • Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

STANDARD KEMAHIRAN MEMBACA (PEMBELAJARAN)
  1. Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
  2. Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  3. Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam pelbagai bahan bagi membuat ramalan dengan tepat.
  4. Membaca dan memahami daripada bahan untuk menjana idea dengan betul.
  5. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat penilaian yang betul.
  6. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan terisrat daripada prosa dengan betul.
  7. Membaca,memahami, menaakul bahan prosa untuk memindahkan maklumat kepada bentuk puisi dengan betul.
  8. Membaca dan memahami bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif dan inovatif.
  9. Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni. 
sumber rujukan:
Taufek Ahmad.(2015). Modul KSSR BM Tahun 4. Dicapai pada 17 Ogos 2019 Daripada https://www.slideshare.net/taupek/modul-kssr-bm-thn-4

By: Nurul Ain Nabila binti Zulkifli


























No comments:

Post a Comment

Membaca Amalan Mulia