Tuesday, August 27, 2019

Video

KEMAHIRAN MEMBACA


https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk menguji dalam kemahiran membaca bagi murid-murid tahun 4.



  • Permainan - kotak beracun.(Guru meletakkan bahan bacaan dalam kotak. Lagu akan dipasang dan kotak akan digerakkan oleh setiap murid yang ada dalam kelas tersebut. Apabila lagu dihentikan murid tersebut perlu mengambil satu kad di dalam kota tersebut lalu membacanya dengan jelas di hadapan semua murid lain. *kad bacaan boleh diletakkan mengikut kreativiti guru itu sendiri.)                                                                                                                                          
  • Melayari Internet.(Guru boleh menguji tahap scheming  dan scanning dengan membahagikan murid  kepada beberapa kumpulan. Kemudian, guru boleh meminta murid membaca sebarang artikel yang berilmiah melalui internet. Seterusnya, guru boleh menguji tahap kefahaman murid melalui pembacaan tersebut melalui dua cara pembacaan itu tadi diaplikasikan dalam kumpulan tersebut.
  • Menonton Video. (Tentang cara sebutan yang betul). Guru boleh menyuruh pelajar mengulang kembali sebutan yang betul melalui video yang dipertontonkan sebentar tadi.                                 
  • Bercerita. Guru boleh mengajak murid ke perpustakaan untuk meminjam beberapa  uh buku cerita. Murid tersebut dikehendaki membaca buku dan menerangkan tentang buku yang dipinjam dihadapan murid lain di dalam kelas tersebut. Ini dapat menguji tahap kefahaman seseorang murid itu tentang apa yang dibacanya.

Sumber:
Eyza Ling.(2015) Kemahiran Membaca Tahun 4. Dicapai pada 18 Ogos 2019 Daripada            https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0Mhttps://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M


By: Nurul Ain Nabila Binti Zulkifli







No comments:

Post a Comment

Membaca Amalan Mulia