Tuesday, August 27, 2019

Faktor

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA




MASALAH  DALAM BACAAN

  1. BENTUK HURUF
      beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf ‘s’, ‘c’, dan ‘v’ antara huruf besar dan huruf kecil.

      Huruf yang terbalik.

      Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.

      Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
      Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

2.      PERINGKAT SUKU KATA
      Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
      Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
      Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
      Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
      Salah memecah / membatang suku kata.
      Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
      Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
      Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
      Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan

3.      KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
      Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
      Mengeja sebelum membaca.
      Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
      Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
       Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
      Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
      Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
      Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
      Menyebut perkataan mengikut loghat.

4.      KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
      Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
      Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai.
      Pembalikan perkataan.
      Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali.
      Membaca secara merangkak-rangkak.
      Membaca mengikut loghat masing-masing.


rujukan;
Dr. Khairuddin Mohamad. (2013). Faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca. Dicapai pada 21 Ogos 2019 daripada http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/blog-post_26.html

Oleh: Mirza Afiqah Binti Mohd Zulkafli





No comments:

Post a Comment

Membaca Amalan Mulia