Assalamualaikum kepada semua pembaca. Blog ini ditujukan khas kepada para pelajar dan guru tahun 4 sebagai rujukan. Dalam blog ini juga, kami bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan yang diberikan di samping ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua;) Selamat membaca. Harap bermanfaat kepada semua yang membaca.
Tuesday, August 27, 2019
Video
KEMAHIRAN MEMBACA
https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk menguji dalam kemahiran membaca bagi murid-murid tahun 4.
Sumber:
Eyza Ling.(2015) Kemahiran Membaca Tahun 4. Dicapai pada 18 Ogos 2019 Daripada https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0Mhttps://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M
By: Nurul Ain Nabila Binti Zulkifli
https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk menguji dalam kemahiran membaca bagi murid-murid tahun 4.
- Permainan - kotak beracun.(Guru meletakkan bahan bacaan dalam kotak. Lagu akan dipasang dan kotak akan digerakkan oleh setiap murid yang ada dalam kelas tersebut. Apabila lagu dihentikan murid tersebut perlu mengambil satu kad di dalam kota tersebut lalu membacanya dengan jelas di hadapan semua murid lain. *kad bacaan boleh diletakkan mengikut kreativiti guru itu sendiri.)
- Melayari Internet.(Guru boleh menguji tahap scheming dan scanning dengan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Kemudian, guru boleh meminta murid membaca sebarang artikel yang berilmiah melalui internet. Seterusnya, guru boleh menguji tahap kefahaman murid melalui pembacaan tersebut melalui dua cara pembacaan itu tadi diaplikasikan dalam kumpulan tersebut.
- Menonton Video. (Tentang cara sebutan yang betul). Guru boleh menyuruh pelajar mengulang kembali sebutan yang betul melalui video yang dipertontonkan sebentar tadi.
- Bercerita. Guru boleh mengajak murid ke perpustakaan untuk meminjam beberapa uh buku cerita. Murid tersebut dikehendaki membaca buku dan menerangkan tentang buku yang dipinjam dihadapan murid lain di dalam kelas tersebut. Ini dapat menguji tahap kefahaman seseorang murid itu tentang apa yang dibacanya.
Sumber:
Eyza Ling.(2015) Kemahiran Membaca Tahun 4. Dicapai pada 18 Ogos 2019 Daripada https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0Mhttps://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M
By: Nurul Ain Nabila Binti Zulkifli
Strategi PdP
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Ketika menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlulah membuat pertimbanagn aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca diajarkan di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. guru boleh merancang stategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara sepertui dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Membaca Petikan
1. Murid
membaca petikan secara senyap.
2. Murid
membaca teks secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
individu, berkumpulan dan kelas.
3. Guru
dan murid berbincang tentang petikan yang dibaca
·
Punca demam denggi
·
Tanda-tanda demam denggi
·
Langkah pencegahan kos rawatan
|
Ilmu: sains dan pendidikan
Kesihatan.
Nilai: cermat, kerjasama
Ilmu: Celik Kewangan
|
BCB- Bacaan Intensif
TKP- Verbal Linguistik
Lampiran 1
|
Membaca dan Mencatat maklumat
1. Dalam
kumpulan , murid mencatat maklumat dengan betul berdasarkan petikan.
2. Murid
mencatat hasil perbincangan pada kembaran kerja ( lakaran grafik) yang
disediakan.
|
Nilai: Bekerjasama
|
Lampiran 2
|
Penilaian
1. Murid
membaca dan menyatakan maklumat berdasarkan gambar rajah yang diberi.
2. Murid
menyusun perkataan tentang kitaran hidup nyamuk mengikut urutan.
|
EMK: Kreativiti dan Inovasi
Nilai: Kerjasama, Berani
|
KB: Menyusun Atur
BCB: Mencatat
Lampiran 3
|
Pemulihan
1. Murid
melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul berdasarkan petikan.
|
Lampiran 4
|
|
Pengayaan
1.
Murid menjawab soalan pemahaman yang diberi.
|
Nilai: Teliti
|
Lampiran 5
|
rujukan;
Taufek Ahmad. (2015). Modul KSSR bahasa Melayu tahun 4. Dicapai pada 22 Ogos 2019 daripada https://www.slideshare.net/mobile/taupek/modul-kssr-bm-thn-4
Oleh: Nursyahirah binti Arzami
Taufek Ahmad. (2015). Modul KSSR bahasa Melayu tahun 4. Dicapai pada 22 Ogos 2019 daripada https://www.slideshare.net/mobile/taupek/modul-kssr-bm-thn-4
Oleh: Nursyahirah binti Arzami
Faktor
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA
MASALAH DALAM BACAAN
- BENTUK HURUF
• beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf ‘s’, ‘c’, dan ‘v’ antara huruf besar dan huruf kecil.
• Huruf yang terbalik.
• Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
• Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
• Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.
2. PERINGKAT SUKU KATA
• Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
• Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
• Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
• Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
• Salah memecah / membatang suku kata.
• Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
• Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
• Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
• Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan
3. KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
• Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
• Mengeja sebelum membaca.
• Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
• Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
• Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
• Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
• Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
• Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
• Menyebut perkataan mengikut loghat.
4. KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
• Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
• Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai.
• Pembalikan perkataan.
• Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali.
• Membaca secara merangkak-rangkak.
• Membaca mengikut loghat masing-masing.
rujukan;
Dr. Khairuddin Mohamad. (2013). Faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca. Dicapai pada 21 Ogos 2019 daripada http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/blog-post_26.html
Oleh: Mirza Afiqah Binti Mohd Zulkafli
Oleh: Mirza Afiqah Binti Mohd Zulkafli
Takrifan
DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA.
- Intepretasi terhadap sesuatu atau perkara yang diperkata.
- Menangkap makna dan memahami apa yang dibaca.
- Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan makna murid itu dikira sebagai pandai membaca.
- Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.
- Proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan pemahaman komunikasi linguistik).
- Keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan simbol-simbol tulisan).
- Gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual yang dilihat.
rujukan:
Aisya. (2013). Definisi dan konsep kemahiran membaca. Dicapai pada 20 Ogos daripada http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/definisi-dan-konsep-kemahiran- membaca.html
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Dicapai pada 20 Ogos daripada https://www.scribd.com/doc/62690828/Definisi-Kemahiran-Membaca
Oleh: Mirza Afiqah Binti Mohd Zulkafli
Oleh: Mirza Afiqah Binti Mohd Zulkafli
Thursday, August 22, 2019
Standard PdP
Kemahiran membaca. (Tahun 4)
Kemahiran membaca digunakan untuk menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan dalam aspek membaca iaitu menguasai sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yanng betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan teknik bacaan. Seterusnya, kemahiran membaca telah ditetapkan objektif yang perlu dicapai oleh setiap murid.
STANDARD KEMAHIRAN MEMBACA (KANDUNGAN)
- Asas membaca dengan sebutan yang betul.
- Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
- Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
- Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon dengan betul
- Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan yang betul.
- Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
- Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
- Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
- Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam pelbagai bahan bagi membuat ramalan dengan tepat.
- Membaca dan memahami daripada bahan untuk menjana idea dengan betul.
- Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat penilaian yang betul.
- Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan terisrat daripada prosa dengan betul.
- Membaca,memahami, menaakul bahan prosa untuk memindahkan maklumat kepada bentuk puisi dengan betul.
- Membaca dan memahami bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif dan inovatif.
- Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni.
sumber rujukan:
Taufek Ahmad.(2015). Modul KSSR BM Tahun 4. Dicapai pada 17 Ogos 2019 Daripada https://www.slideshare.net/taupek/modul-kssr-bm-thn-4
By: Nurul Ain Nabila binti Zulkifli
Taufek Ahmad.(2015). Modul KSSR BM Tahun 4. Dicapai pada 17 Ogos 2019 Daripada https://www.slideshare.net/taupek/modul-kssr-bm-thn-4
By: Nurul Ain Nabila binti Zulkifli
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
rujukan: Bahasa Melayu OUM. (2012). Jenis-jenis bacaan . Dicapai pada 15 Ogos 2019 daripada ...
-
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA MASALAH DALAM BACAAN BENTUK HURUF • beberapa huru...