Tuesday, August 27, 2019

Membaca Amalan Mulia

Image result for membaca






Image result for membaca









JENIS-JENIS BACAAN













rujukan: 
Bahasa Melayu OUM. (2012). Jenis-jenis bacaan. Dicapai pada 15 Ogos 2019 daripada             http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/jenis-jenis-bacaan.html?m=1

Oleh: Nursyahirah binti Arzami




Video

KEMAHIRAN MEMBACA


https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk menguji dalam kemahiran membaca bagi murid-murid tahun 4.



  • Permainan - kotak beracun.(Guru meletakkan bahan bacaan dalam kotak. Lagu akan dipasang dan kotak akan digerakkan oleh setiap murid yang ada dalam kelas tersebut. Apabila lagu dihentikan murid tersebut perlu mengambil satu kad di dalam kota tersebut lalu membacanya dengan jelas di hadapan semua murid lain. *kad bacaan boleh diletakkan mengikut kreativiti guru itu sendiri.)                                                                                                                                          
  • Melayari Internet.(Guru boleh menguji tahap scheming  dan scanning dengan membahagikan murid  kepada beberapa kumpulan. Kemudian, guru boleh meminta murid membaca sebarang artikel yang berilmiah melalui internet. Seterusnya, guru boleh menguji tahap kefahaman murid melalui pembacaan tersebut melalui dua cara pembacaan itu tadi diaplikasikan dalam kumpulan tersebut.
  • Menonton Video. (Tentang cara sebutan yang betul). Guru boleh menyuruh pelajar mengulang kembali sebutan yang betul melalui video yang dipertontonkan sebentar tadi.                                 
  • Bercerita. Guru boleh mengajak murid ke perpustakaan untuk meminjam beberapa  uh buku cerita. Murid tersebut dikehendaki membaca buku dan menerangkan tentang buku yang dipinjam dihadapan murid lain di dalam kelas tersebut. Ini dapat menguji tahap kefahaman seseorang murid itu tentang apa yang dibacanya.

Sumber:
Eyza Ling.(2015) Kemahiran Membaca Tahun 4. Dicapai pada 18 Ogos 2019 Daripada            https://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0Mhttps://www.youtube.com/watch?v=JjqcbVDVg0M


By: Nurul Ain Nabila Binti Zulkifli







Soalan

UJI KEMAHIRAN MEMBACA (TAHUN 4)

BAHAGIAN PERTAMA





BAHAGIAN KEDUA




BAHAGIAN KETIGA














Sumber rujukan: Taufek Ahmad.(2015). Modul KSSR BM Tahun 4. Dicapai pada 17 Ogos 2019 Daripada https://www.slideshare.net/taupek/modul-kssr-bm-thn-4 

By: Nurul Ain Nabila Binti Zulkifli


Strategi PdP

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA


     Ketika menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlulah membuat pertimbanagn aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca diajarkan di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. guru boleh merancang stategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara sepertui dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan.   


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR


AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Membaca Petikan

1.      Murid membaca petikan secara senyap.

2.       Murid membaca teks secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu, berkumpulan dan kelas.


3.       Guru dan murid berbincang tentang petikan yang dibaca
·         Punca demam denggi
·         Tanda-tanda demam denggi
·         Langkah pencegahan kos rawatan



Ilmu: sains dan pendidikan             
          Kesihatan.

Nilai: cermat, kerjasama






Ilmu: Celik Kewangan


BCB- Bacaan Intensif


TKP- Verbal Linguistik






Lampiran 1
Membaca dan Mencatat maklumat
1.       Dalam kumpulan , murid mencatat maklumat dengan betul berdasarkan petikan.
2.       Murid mencatat hasil perbincangan pada kembaran kerja ( lakaran grafik) yang disediakan.


Nilai: Bekerjasama

Lampiran 2
Penilaian
1.       Murid membaca dan menyatakan maklumat berdasarkan gambar rajah yang diberi.
2.       Murid menyusun perkataan tentang kitaran hidup nyamuk mengikut urutan.



EMK: Kreativiti dan Inovasi

Nilai: Kerjasama, Berani

KB: Menyusun Atur

BCB: Mencatat

Lampiran 3
Pemulihan
1.       Murid melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul berdasarkan petikan.





 Lampiran 4
Pengayaan
1.       Murid menjawab soalan pemahaman yang diberi.

Nilai: Teliti

Lampiran 5

rujukan; 
Taufek Ahmad. (2015). Modul KSSR bahasa Melayu tahun 4. Dicapai pada 22 Ogos 2019 daripada     https://www.slideshare.net/mobile/taupek/modul-kssr-bm-thn-4

Oleh: Nursyahirah binti Arzami

Faktor

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA




MASALAH  DALAM BACAAN

  1. BENTUK HURUF
      beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf ‘s’, ‘c’, dan ‘v’ antara huruf besar dan huruf kecil.

      Huruf yang terbalik.

      Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.

      Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
      Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

2.      PERINGKAT SUKU KATA
      Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
      Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
      Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
      Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
      Salah memecah / membatang suku kata.
      Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
      Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
      Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
      Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan

3.      KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
      Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
      Mengeja sebelum membaca.
      Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
      Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
       Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
      Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
      Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
      Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
      Menyebut perkataan mengikut loghat.

4.      KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
      Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
      Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai.
      Pembalikan perkataan.
      Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali.
      Membaca secara merangkak-rangkak.
      Membaca mengikut loghat masing-masing.


rujukan;
Dr. Khairuddin Mohamad. (2013). Faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca. Dicapai pada 21 Ogos 2019 daripada http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/blog-post_26.html

Oleh: Mirza Afiqah Binti Mohd Zulkafli





Takrifan

DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA.
  • Intepretasi terhadap sesuatu atau perkara yang diperkata.
  • Menangkap makna dan memahami apa yang dibaca.
  • Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan makna murid itu dikira sebagai pandai membaca.
  • Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.
  • Proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan pemahaman komunikasi linguistik).
  • Keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan simbol-simbol tulisan).
  • Gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual yang dilihat.

rujukan:
Aisya. (2013). Definisi dan konsep kemahiran membaca. Dicapai pada 20 Ogos     daripada http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/definisi-dan-konsep-kemahiran-           membaca.html
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Dicapai pada 20 Ogos daripada         https://www.scribd.com/doc/62690828/Definisi-Kemahiran-Membaca

Oleh: Mirza Afiqah Binti Mohd Zulkafli

Thursday, August 22, 2019

Standard PdP

Kemahiran membaca. (Tahun 4)




Kemahiran membaca digunakan untuk menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan dalam aspek membaca iaitu menguasai sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yanng betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan teknik bacaan. Seterusnya, kemahiran membaca telah ditetapkan objektif yang perlu dicapai oleh setiap murid.







STANDARD KEMAHIRAN MEMBACA (KANDUNGAN)
  • Asas membaca dengan sebutan yang betul.
  • Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. 
  • Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  • Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon dengan betul
  • Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan yang betul.
  • Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

STANDARD KEMAHIRAN MEMBACA (PEMBELAJARAN)
  1. Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
  2. Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  3. Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam pelbagai bahan bagi membuat ramalan dengan tepat.
  4. Membaca dan memahami daripada bahan untuk menjana idea dengan betul.
  5. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat penilaian yang betul.
  6. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan terisrat daripada prosa dengan betul.
  7. Membaca,memahami, menaakul bahan prosa untuk memindahkan maklumat kepada bentuk puisi dengan betul.
  8. Membaca dan memahami bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif dan inovatif.
  9. Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni. 
sumber rujukan:
Taufek Ahmad.(2015). Modul KSSR BM Tahun 4. Dicapai pada 17 Ogos 2019 Daripada https://www.slideshare.net/taupek/modul-kssr-bm-thn-4

By: Nurul Ain Nabila binti Zulkifli

Tuesday, August 20, 2019

Membaca sebenarnya tidak susah. Ikuti saya. Saya mampu membantu menyelesaikannya.

Membaca Amalan Mulia